Hidup disini memang sukar. Ya! hidup mereka disini lebih sukar.
Kasay Nkay punya anak empat. Anak sedang membesar dan tidak mampu untuk dihantar kesekolah. Walaupun aku baru mengenalinya, dia agak mesra dan peramah. Dia hanya dibayar gaji bulanan sebanyak 130USD sebagai buruh kasar ditempat aku bekerja. Dengan jumlah gaji sebegitu, tidak banyak boleh dilakukan disini. Itu realitinya, bahkan gaji harian aku jauh lebih tinggi dari jumlah yang Kasay terima.
Aku muhasabah diri.
Sekitar pukul 10 pagi tadi (5 petang waktu Malaysia), aku bekesempatan untuk bersembang pendek dengannya. Dia mengeluh menceritakan yang dua anaknya sedang sakit. Dia sedang memikirkan bagaimana untuk mendapatkan wang. Naluri kemanusiaan dalam hati aku tersentuh dan sedih.
Perlahan aku menyeluk poket belakang dan mengeluarkan dompet. Aku hulurkan 20USD kepadanya. Aku tahu dan ingat pesanan dari pihak Security dan kawan-kawan, jangan terlalu terpedaya dan kesian dengan orang tempatan kerana mereka tahu kita punya banyak duit. Tapi aku abaikan semua itu kali ini, naluri kemanusiaan dan penghormatan hidup sebagai manusia lebih aku utamakan.
Sesungguhnya aku percaya hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala apa yang ada dan berlaku. Hanya kerahmatan, keredhaan dan keselamatan dari-Nya yang dipohon sepanjang aku disini. Untuk berbuat kebaikan, tiada batas agama, bangsa atau rupa....



5 komen terkumpul:
Salam Shimi,
Wow, Congo!
Alhamdulillah, Shimi sihat walafiat di sana. Moga dalam rahmat dan lindungan Allah jua sepanjang berada di bumi asing.
Begitulah kehidupan. Sukar dan mudahnya tetap saja ada hikmah dan nikmatnya. Tuhan Maha Adil.
Tentunya kehidupan di Congo ini sesuatu yang amat berharga buat Shimi. Hayatilah ia dengan jujur dan syukur.
Jaga diri :)
Pastikan nanti kamu pulang dengan 1001 cerita dan pengajaran.
Jadi, penuhkan diari harian kamu dengan setiap yang kamu temui dan kamu rasakan.
Itu semua adalah pengalaman yang amat berharga. Berapa harganya? aku tak tau, mungkin 20USD... hahaha
itulah islam
hutang budi dibawa mati.
teringat zaman merantau dulu.. hanya perantau dapat merasakan nikmat merantau.. smoga anta gunakan peluang yg ada untuk belajar tentang manusia disebelah sana..
Catat Ulasan