Tatkala dirimu tidak dapat melihat masa depan kerana masa depanmu itu masih gelap; dan dirimu tidak pula dapat menoleh kepada masamu yang di belakang kerana semuanya peristiwa yang pahit dan getir; maka cubalah angkat kepalamu ke atas; nescaya dirimu akan beroleh istirehat dan ketenangan

Tangga-tangga ke syurga 2 : Catatan Perjalanan

 

Sukar untuk digambarkan, sukar untuk aku ungkapkan dengan patah-patah perkataan. Perjalanan itu terlalu banyak pengajarannya, terlalu banyak ceritanya untuk dijadikan iktibar. Jika kamu seorang Muslim, pasti lebih meruntun hati dengan setiap apa yang kamu saksikan yang ditanggung oleh saudara seagama dengan kamu.

Darul Ulum di Kinkole. Destinasi pertama kami singgahi, tempat dimana Sekolah Tahfiz persendirian didirikan. Dibiayai orang perseorangan kelahiran India dengan segala daya upaya bagi menanggung pelajar seramai 28 orang dan mualim. Moga Allah memberi rahmat atas usahanya.

Gigih, tabah dan sabar. Ya! dalam keadaan yang penuh kekurangan itu mereka tetap bersungguh-sungguh untuk menggali ilmu. Menjadi seorang hafiz bukanlah mudah, lebih-lebih lagi kamu berada dinegara yang bukan agama Islam adalah agama anutan utamanya. Kemudahan asas yang serba daif. Mereka dari daerah dan wilayah yang berbeza, berpisah dengan keluarga demi untuk bergelar seorang tahfiz. Dengan ilmu itu, mereka bakal kembali ke kampung halaman masing-masing , berbakti mencurahkan ilmu yang dipelajari.

Jika mereka punyai kemudahan kaset atau pemain CD untuk bacaan Al-Quran tentu lebih mudah dari segi mendengar untuk teknik hafalan. Malangnya itu semua tidak mereka punyai. Kami hanya mmapu mencatit di dalam ingatan segala apa yang mereka perlukan. Mudah-mudahan diberi kelapangan untuk membantu… juga pada kamu

 

Persinggahan seterusnya adalah Maluku. Kesempatan yang ada diambil untuk meninjau penempatan muslim dan masjid disitu. Agak sukar dipercayai masjid yang mempunyai hampir 300 kanak-kanak untuk belajar asas Al-Quran tidak mempunyai bahan mengajar. Hatta muqaddam sekalipun, segalanya adalah dari hasil tulisan mualim di papan hitam. Hanya ada sebuah Al-Quran yang kelihatan. Alangkah baiknya jika naskah Al-Quran yang berlebihan dimasjid di Malaysia dapat dibawa disini. Moga ada yang sudi mengumpulkan dan menyumbangkan naskah Al-Quran dan Muqaddam demi membantu saudara seagama disini.

Begitu juga pada persinggahan kami seterusnya. Masjid Kinkole. dilawati untuk melihat perkembangan hasil sumbangan Al-Quran dan Muqaddam. Alhamdullillah! mereka semakin seronok belajar dengan adanya Muqaddam sebagai bahan bantuan mengajar. Cuma mereka perlukan makanan dari kelaparan dan kekurangan zat makanan untuk memberi lebih semangat untuk mengaji. Seperti tidak sabar untuk menunggu Hari Raya Korban untuk melihat muka-muka yang gembira menerima pengagihan daging dan beras dari hasil usaha kami disini untuk membantu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perjalanan ini terlalu singkat rasanya. 7 jam yang dipenuhi dengan pengajaran dan pembelajaran untuk diri. Terasa diri terpanggil untuk menyeru kepada kawan-kawan sekelian untuk turut sama membantu mereka. Mereka memang kekurangan Muqaddam dan Al-Quran. Namun jika kita semua bersatu melakukan kutipan dan ingin betul-betul membantu mereka, pasti Allah memberi ganjaran yang setimpal dengan usaha itu.

Cuma halangan perbelanjaan mengepos sahaja segala keperluan tersebut disini. Hanya DHL sahaja yang memberi dan menawarkan perkhidmatannya disini. Namun demi untuk menegakkan syiar Islam, itu semua pasti dapat diatasi. Dengan izin dan perlindungan-Nya, aku sanggup mengagih-agihkannya semua itu mengikut keperluan tanpa sebarang upah. Walaupun tugas aku disini tidak membolehkan aku bersikap bias pada agama. Itu semua sanggup aku hadapi walaupun secara sembunyi demi untuk mencari keredhaan-Nya dan membantu saudara sesama agama.

Maka dengan rendah dirinya, aku sekali memohon kalian agar dapat memanjangkan usaha ini. Jika kamu punya hubungan dengan sebarang badan amal mohon panjangkan untuk pengetahuan mereka. Jika kalian mahu membantu dari segi kewangan, cuma segala keperluan itu tidak mudah dibeli kecuali keperluan bantuan makan dan minum sahaja untuk para tahfiz dan kanak-kanak yang belajar mengaji sahaja. Yang lain-lainnya lebih pada kemudahan dan bantuan bahan.

Mungkin aku tidak pandai menyusun kata-kata yang lunak, tapi realiti kesusahan mereka tidak dapat untuk aku tintakan dengan tulisan disini. Jika kalian punyai niat dan kesanggupan untuk membantu, mohon kita berhubungan dengan email aku  : shimi4all [at] yahoo dot com atau tinggalkan email pada ruangan komen.

Semoga setiap usaha kalian itu menjadi jalan dan tangga-tangga ke syurga idaman setiap kita. Selalu aku berfikir, “tidak kita akan jadi miskin dan papa kedana jika sedikit dari harta itu dikeluarkan dan disumbangkan untuk jalan kebaikan. Allah mempunyai banyak ruang untuk membalas kebaikan kita itu sama ada kita sedar atau tidak serta melapangkan segala kesusahan dihadapi. Mungkin itu juga pada sebaliknya jika kamu tidak menghulurkan apa-apa sekalipun”.

BANTULAH MEREKA! MOGA ALLAH MEMBERI RAHMAT KEPADA KALIAN.

Aku merayu pada kalian untuk sama-sama dapat membantu mereka….

4 komen terkumpul:

blackpurple @ jowopinter Khamis, November 12, 2009 1:46:00 AM  

Menarik. Semoga perjalanan dan usaha kau dirahmati dan diberkati Allah. Ameen.

hazarimi ♥ Khamis, November 12, 2009 6:19:00 PM  

Kita serupa...

Tirana Jumaat, November 13, 2009 10:29:00 AM  

Perjalanan ke tempat2 begitu, akan menimbulkan keinsafan di hati..

Bunga Rampai Sabtu, November 14, 2009 5:38:00 PM  

Menyedarkan dan menginsafkan. Terima kasih tulisan ini.

Salam :)

Related Posts with Thumbnails
Memuatkan ...
Aku tidak dilahirkan genius, tapi bukan bermakna aku bodoh dan naif. Aku biasa- biasa sahaja yang tidak suka diguli- gulikan. Tumpang bermain dipadang permainan dunia. Hidup hanya sekali, tak bererti boleh lupa diri. Aku bukan kamu dan kamu juga bukan aku. Tanpa suara, di sini aku bebas meluahkan sesuatu.